Tuesday, February 9, 2010

Saint Valentine?

Untuk Hot minggu ini, the award goes to Manchester United as a team. Selepas berjaya menewaskan Arsenal di tempat lawan, they deserved this. Pemilihan pemain yang dipaparkan sebelum perlawanan bermula sedikit meresahkan. Dengan formasi 4-5-1 dan Nani serta Paul Scholes untuk pemain kesebelasan, menguatkan lagi ketidakpuasan hati dengan pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson. Namun sebaik perlawanan bermula, pemilihan pemain ini sangat tidak menghampakan. Mereka berjaya mengawal kawasan tengah padang meskipun jika dilihat di atas kertas, barisan pemain tengah Arsenal mampu untuk men'outclass' pemain2 lawan. Ternyata Pak Alex melakukan study dan research tentang permainan lawan pada masa terluang. Tahniah! Harap dikekalkan momentum kerana memori Pak Alex tidak lah secanggih dulu. Kata2 Shebby lepas perlawanan tamat "After this game, i look them as a serious contender for the title". Untuk rekod, penjaring gol pada perlawanan tersebut ialah Park, Rooney dan Nani. Di harap ini dapat menyangkal kata2 Ancelotti yang melabel Man United sebagai one man Rooney team.

Untuk Cold,2 calon terbaik minggu ini. Arsenal as a team dan England Skipper, John Terry.
Segalanya tak menjadi bagi Wenger. Selepas 2-3 minggu menunjukkan keyakinan kepada pasukan bimbingannya dengan melabel pemain sebagai 'matang'Wenger seakan menangis ketika Park Ji Sung menjaringkan gol kedua pada separuh masa pertama.Denilson yang membarisi pemain tengah juga seakan dibomoh hinggakan adakala dia seperti halimunan, tidak wujud di mata kasar. Pada pengamatan, pasukan Arsenal masih mentah dan memerlukan lebih ramai pemain2 berpengalaman. Mereka memerlukan pemain2 kaliber seperti yang mereka punyai sebelum ini, Pires+Viera+Henry. Gandingan mereka satu ketika dulu sangat menakutkan semua. Kemasukan Theo Walcott sebagai pemain gantian tidak langsung memberi impak. "Hampir pasti Theo tidak akan menyertai pasukan England untuk Piala Dunia dan saya sedang berusaha untuk mengubah Walcott menjadi lebih matured" kata ibu Walcott yang kelihatan berlegar2 di laman klinik Fatah & Abdullah selepas mem'booking' untuk Theo berkhatan.

Untuk John Terry pula, cerita peribadi hebat di luar telah membuatkan nya menjadi mangsa kebenciaan satu England. Fabio Capello yang terkenal dengan ketegasannya dijangka akan memberikan jawatan ketua pasukan kepada pemain lain. "Dia pemain yang teruk dan kawan yang teruk"kata2 Wayne Bridge. Hail team bridge!

Terry menangis kerana mengkhianati rakan sendiri.

Owh untuk hari Valentine ni, Lu pikir la sediri. Tepuk dada tanya iman. Kalau Islam hari ni tak wujud pun.

Tulis . . .

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha menyayangi.

Dunia aman impian.
Dunia hiruk pikuk di jauh pinta.
Dasar retorik dasar diktator perintahan.
tidak serik tidak puas mengawal mengherdik mendidik konon nya.
Suara dari jauh sayup2 aku kedengaran.
Pkir nya sudah tiada.
Ada dalam tiada.
bersembunyi di balik tulisan.
Menghiasi belakang2 sepi.
Di bilik gelap ini.

Perjalanan hidup bukan semanis gula, tidak secerah emas, bukan selancar air.
Yang di tulis, diramal hanya lakonan2 sandiwara dunia.
Tidak bererti amarah dipenuhi.
Berjanji di dalam hati tiada salahnya.
Jangan melampau melangkau angan2 mat jenin.
Ujian menimpa bersebab. Tunduk hadapai dengan sabar.
Penulisan menyuarakan isi hati.
yang lama berbuku.
kata2 yang wajar dilafaz di bibir disalur terus ke jari jemari.
Naif menekan sejajar dengan pemikiran sang penulis.
Indah baitnya, indah dalaman pada dasarnya.
Kasar bahasanya, terselit rima2 hitam juga pada dasarnya.
Tidak indah tidak kasar menjadi pilihan.
Cuma berkias mengutarakan suara.
Suara kutukan suara pujian.