Sunday, November 29, 2009

Enough is Enough . . .

Bosan betul dengan fitnah2 melanda. Kalau la x paham English, cukup la cukup.!!

Saturday, November 21, 2009

71. Voice of Depressed . . .

"Blog ni blog depressed. Penulis pun depressed, pembaca pun layan lentok sama depressed!!" Ada aku kisah? Kalau semua aku kesah, nak berdehem pun susah juga. Nanti ada yang berkata2 di belakang. Nak bersin selaju halaju cahaya juga berisiko, risau kata2 belakang. Pendekatan bijak pandai, abaikan.!!

Hari2 tidak disinari cahaya matahari, kalau ada pun hanya lah sisa2 biasan air hujan yang berkumandang. Hujan turun tak mengira waktu, hari2 di seri air hujan. Bagi aku ini rezeki Tuhan nak bagi. Terima syukur dan redha. Semua kerja buat hati2. Pemanduan juga harus cermat. Lopak2 besar elakkan, kalau tak nak melayang duit saku tukar bumper dek jatuh lubang tersembunyi. Kesian. Aku tiada kuasa tiada harta. Cuma aku boleh tolong tenaga dan moral support.

Kesian jugak Thierry Henry tapi kesian lagi warga2 Ireland! The controversial goal cost them chance to play in World Cup. Aku sokong perlawanan ulangan. Menang sama menang situasi. Lagi pula France tidak lagi sehebat dulu. Punca nya hanya satu, jurulatih. Mr Domenech. Pemilihan pemain2 sangat lah membuat aku alpa dan hairan. Getus hatiku, dia pilih kawan2 dahulu. Pilih bulu kawan2. Sebijik macam Maradonna. Getusku lagi, memang orang2 yang kurang pandai berlagak pandai ni banyak persamaan. Logik akalku diterima sepuas hati.

Kerja bagai nak gila tak juga kaya. Sekarang aku baru rasa!!

New Galacticos? Depressed . . .

Di temani teko berasap dan lagu reggae, aku menulis. Sebijik macam lagu hip hop yang leka berkumandang di corong2 radio. Aku suka.

Celik pandangan ke atas, semakin hilang wayar2 di udara. Gila ini sang pencuri. Jumpa nanti kat alam baka, datang la cari aku merayu dimaafkan. Belum tentu hati aku memaafi.

Kelantan = New Galacticos? Dulu aku juga yang kutuk Galacticos mati-matian sebab hanya berbekalkan money, mereka mendapatkan khidmat pemain seperti kacang. Senang hati duit banyak, semua pun beli. Tapi sekarang semua kata2 hambur aku bagai jatuh tepat ke dahi sendiri. Lagak membeli pemain Kelantan untuk musim yang akan datang umpama Kelantan Ananda Krishnan yang punya. Aku jadi seronok tapi juga berbaur2 perasaan. Bagaimana nasib anak2 Kelantan sendiri yang baru hendak berjinak dengan liga Malaysia tetapi tidak diberi peluang? Aku jadi buntu. Persoalan demi persoalan datang bertalu. Tapi aku senyum sahaja. Harapan aku jangan dilupa anak2 muda Kelantan yang aku kira mampu juga menaikkan darjat pasukan di mata liga Malaysia. Esok ada sesi perkenalkan pemain2 Kelantan dan perasmian jersi baru pasukan. Aku tekad tahun depan tengok bola di stadium akan ku pakai jersi original!!

Bangun pagi2 meriahkan majlis.!

Sunday, November 8, 2009

69. 40 Years Anniversary

Lebur, hancus, kabus. Red Warriors tewas di perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini. Setelah kemarau hampir 40 tahun, nampaknya terpaksa lagi menyambung hari2 kemarau piala Malaysia. Mungkin sehingga tahun depan, aku bukannya nujum untuk menilik masa depan. 

Mungkin ada juga yang Kelantan menang malam ni, sorak dan semangat. Frust juga kecewa ada bersarang di benak sanubari, tetapi apa yang lebih mengecewakan aku bagaimana maha hebat rakan2 1Malaysia menuding itu dan ini kepada semua penyokong Kelantan. Ganas, uncivilized, typical dan stupid kata2 hambur mereka. Inilah nasib si susu yang rosak dek kerana nila setitik. Tapi apa yang terlajak kurang pandai nya kenapa rakan2 yang melabel tidak pula menyalahkan setitik nila, malah dengan bangganya mempamer2kan status di laman sosial menyalahkan sang susu. Oh, aku tidak mahu berbahas panjang lebar lagi. Aku redha sudah.

Wang ehsan dan duit royalti sangat2 berbeza. Dari ejaan sehingga ke maksud setiap satu kalimah. Wang ehsan tanda kesian manakala wang royalti tanda hakmilik. Renung2kan dan selamat bermuhasabah.

3.05 a.m
Pulang dengan Piala imaginasi.