Celik pandangan ke atas, semakin hilang wayar2 di udara. Gila ini sang pencuri. Jumpa nanti kat alam baka, datang la cari aku merayu dimaafkan. Belum tentu hati aku memaafi.
Kelantan = New Galacticos? Dulu aku juga yang kutuk Galacticos mati-matian sebab hanya berbekalkan money, mereka mendapatkan khidmat pemain seperti kacang. Senang hati duit banyak, semua pun beli. Tapi sekarang semua kata2 hambur aku bagai jatuh tepat ke dahi sendiri. Lagak membeli pemain Kelantan untuk musim yang akan datang umpama Kelantan Ananda Krishnan yang punya. Aku jadi seronok tapi juga berbaur2 perasaan. Bagaimana nasib anak2 Kelantan sendiri yang baru hendak berjinak dengan liga Malaysia tetapi tidak diberi peluang? Aku jadi buntu. Persoalan demi persoalan datang bertalu. Tapi aku senyum sahaja. Harapan aku jangan dilupa anak2 muda Kelantan yang aku kira mampu juga menaikkan darjat pasukan di mata liga Malaysia. Esok ada sesi perkenalkan pemain2 Kelantan dan perasmian jersi baru pasukan. Aku tekad tahun depan tengok bola di stadium akan ku pakai jersi original!!
Bangun pagi2 meriahkan majlis.!
No comments:
Post a Comment