Saturday, July 11, 2009

31. PERIHAL JOKER . . .

Selepas menonton filem Dark Knight, aku sangat2 tertarik dengan lakonan Heath Ledger sebagai Joker. Tak lame selepas tu baru aku mendapat tahu dari sahabat2 yang Jack Nicholson pun dulu pernah juga melakonkan watak Joker ini, dalam filem Batman (1989). Aku sangat2 lah teruja sebab bagi aku lakonan Jack Nicholson dalam filem2 die yang pernah aku tontoni memang bagus, sangat bagus. Jadi bersama di bawah ini aku kepilkan satu video yang telah diedit (sumber youtube) yang mana video ini menunjukkan kedua2 watak Joker yang dibawa oleh mereka berdua.



Jack Nicholson vs Late Heath Ledger, kedua2 nye pernah melakonkan watak Joker. Mane satu kamu pilih, mane lagi yang terbaik yang kamu rasa kan?

Sebenarnya bagi aku watak ini memang dibawa dengan baik nya oleh kedua2 pelakon yang bagi aku sangat hebat ini, cuma yang membezakan watak mereka adalah definisi joker itu sendiri yang didefinisikan oleh pengarah dalam filem masing-masing yang mana memang sangat2 berbeza. Joker yang dimainkan wataknya oleh Jack Nicholson di definisi kan sebagai penjenayah yang gilakan seni dan seninya adalah dengan membunuh manusia! Manakala watak joker yang dipegang mendiang Heath Ledger pula lebih kepada penjenayah yang mempunyai masalah mental dan membunuh manusia bagi nya hanyalah untuk keseronokan dan kepuasan. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka akan fikir hal ini sudah lapuk dan aku mungkin juga sedikit ketinggalan dalam hal ini. Tapi biarlah apa orang mahu berkata, "why so serious?"

p/s : tulisan kali ini adalah 100% dalam bahasa malaysia kerana aku bersetuju sangat PPSMI telah dibubarkan dan kita telah kembali ke era di mana bahasa malaysia masih dimartabatkan. Cintailah bahasa anda. :)

12.37 a.m
masih menganggur dan bersuka ria

No comments: