Tup tap tup tap, pejam celik pejam celik sudah agak lama aku ditinggalkan, dilupakan, disisihkan malah mungkin tidak pernah diterima di petak mula lagi. Dunia ini tidaklah seperti yang selalu kita rancangkan dan bermimpi."Sebelum umur 30, aku nak pakai BMW 5 series" tekad nafsu. Betapa senang berkata2 kerana kata2 sahaja tak kena bayar, tak kena charge. Ada orang kata dunia ini kejam, gila tak bersyukur punya statement bagi aku. Tak lekang dek keluhan, sentiasa meminta lebih memang sifat2 manusia yang harus dilupus. Aku harus positif fikiranku. Rezeki itu ada di mana2. Cuma sekarang ni masa yang membezakan semuanya. Siapa yang dapat rezeki awal, syukurlah kamu. Siapa yang belum, sabar dan doa lah. Tuhan menduga umatNya. Manusia yang diduga harus sedar keuntungan mereka. Sekurang2 nya Yang Maha Pencipta masih ingat untuk menguji kita, tidak dibiar lalai di dunia ini. Dunia yang moden. Pembangunan yang berteraskan agama, mundur bagi mereka. Untung mereka nampak di dunia, untung akhirat samar2 lagi. Banyak2 lah bertaubat.
Perihal rumah PPRT, Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Saya ulang Rakyat Termiskin. Bukan hendak mengata juga menghina, kalau boleh diagihkan sama rata kepada semua rakyat tidak kira parti mereka. Duit2 diagihkan untuk PPRT bukannya dari duit parti sebaliknya dari hasil negara. Cukai2 juga hasil semua yang di bayar rakyat jelata. Insyallah agih sama rata.
3.39 a.m
Nervous tunggu malam esok, harap ada LIVE di RTM
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 years ago