Tuesday, October 6, 2009

67. TERSASAR? ORANG KIRI?

Aku pernah berkata terus dari hati kepada jari2 yang pantas menaip."blog ini bukan blog politik ok? tak perlu tunjuk2 kamu sokong politik mana. Blog sebagai tempat menulis isu2 yang kau rasa boleh tulis je! Paham tak ni jari?" Tapi hari ini, aku memilih untuk tersasar dari landasan. Tapi tidak sehebat landasan2 orang lain yang lagi telus dalam penulisan. 

Sekejap tadi buka web Malaysiakini. Aku selalu buka web ni, cuma nk up-to-date dengan kisah2 lantera politik di Malaysia. Tak sanggup aku ketinggalan. Aku pilih yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, senang aku faham terus menusuk ke sanubari. Kembali kepada tajuk berita yang menghairankan aku ni, tekan sini boleh baca berita hairan. Jangan buat apa2 sambil baca, jangan makan pop corn, jangan korek hidung juga concentrate nanti melekat terus di hati sanubari.

Tajuk berita dia ringkas sahaja, 'Kelantan contoh kegagalan PAS - Timbalan Perdana Menteri'. Hati merah aku marah. Aku pujuk dia. Jangan ikut hati, ini kata2 berbaur politik. Orang kata kita buruk, nanti satu hari tuhan jadi kan dia buruk juga. Asal ada Pilihan Raya, kecil mahupun besar, timur atau barat Malaysia, Kelantan tidak serik2 dijadikan tumpuan dijadikan bahan berita. Tegas mereka, Kelantan dalam gerhana.

Aku marah ke? "Buat apa nak marah", getus hati sanubari. Kita ambik pendekatan berdiam. Lebih baik kita berdiam daripada kita berbicara dan nampak jelas kebodohan. Tepuk dada tanya hati, tepuk dahi tanya pipi, tepuk mata orang yang berbicara tu tanya sanubari "Betulkah Kelantan dalam gerhana?"

7.40 a.m
Harimau Muda Vs Laos now

No comments: