Hampir seminggu atau mungkin sudah lebih aku di sini, aku pun kurang pasti. Kira- kira aku, hisab aku tidak lagi setangkas dulu. Menghitung hari juga menghisab perkara2 kecil tidak lagi menjadi rakan2 sepermainan, malah beban yang terpaksa ditanggung. Tapi tiada aku kisah, "Allah menguji hambaNya" , pujuk si hati merah.
Genap 3 bulan atau lebih minda ini tidak lagi bergaul, bersahabat, berbicara tentang pembelajaran. Setiap kata2 yang dilafaz sudah lama tidak berbunyi educated. Persetankan semua tu, "masamu akan tiba", pujuk si hati merah lagi.
Dunia pun tidak seselamat dahulu, dahulu kala masa zaman2 Hang Tuah tanah runtuh pun tiada apalagi gempa2. Jauh sekali sang Tsunami, Hang Tuah gelak besar dengar nama pelik Japanese tu. Di sini minggu lepas, gempar gegar2 susulan kesan2 halus gempa yang terjadi di Padang, Sumatera Indonesia. Sekarang gegar2 lah pula suratkhabar tentang impak2 dirasai kawasan terjejas. Alhamdulillah rejimen2 kita dihantar membantu mereka yang memerlukan.
Negara kita pun patut juga muhasabah, mahu tak mahu hendak tak hendak kita kena terima bumi kita memberontak! Satu hari nanti kita juga harus sedar kita juga mungkin tak terlepas dari bencana ini. Nauzubillah.
Engineer2 structure pun sekarang kena ambik kira juga earthquake loading. Buat bangunan tinggi2 tapi tak kira earthquake loading. Bangunan2 lama selamat lagi ke untuk dihuni? Soal hati lagi masih tak terjawab juga.
Aku pulang dulu ke kampung halamanku, menanti berita2 gembira yang hatiku lantang berkata "ada ada" tidak juga kunjung tiba. Ku bawa hati yang terlebih yakin ini pulang dahulu. Sudah lama disini, aku bukan lah tanggang, selesa di tempat orang lupa asal-usul. Aku selesa tapi asal usul tak pernah aku lupa.
Aku kepilkan disini lagu Sifu M. Nasir : Cermin mimpi. Bait2 indah. Betapa aku bermimpi dilahirkan sesifu dia. Setiap kata keluar di bibir hanya bait2 indah, akan aku pastikan gadis2 lalu lalang tersentak mendengarnya. Mungkin juga aku akan hanya mampu terus bermimpi. Mimpi dan terus bermimpi indah. Seakan dunia ini tidak indah lagi.
Di balik cermin mimpi Aku melihat engkau
Di dalam engkau aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang2 ku hilang diselubungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni, mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Ada realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
5.43 a.m
Awek johor bukan aku punya, awek abang aku. Tak mampu ada awek sendiri.
No comments:
Post a Comment