Saturday, December 19, 2009

75. Transformasi . . .

Buka kotak televisyen, ayat "sejajar dengan gagasan 1Malaysia" memang popular.
Astro Awani, Bernama dan sudah tentu dengan 3 stesen televisyen yang paling 'menyayangi' gagasan 1Malaysia; RTM (TV1 dan TV2) dan TV3.
Meluat? Kau gila ke nak meluat. Ini seruan Perdana Menteri kita.
Ayat ini boleh di pakai meluas2. Boleh dijamin dalam setiap berita setengah jam atau sejam pasti ayat ini diguna. Bukan ayat guna-guna.
Sebagai contoh;
Perkembangan IT di negara kita semakin berkembang *
Pemain2 Malaysia di Laos menunjukkan semangat juang yang jitu *
* Pasukan Lotus F1 1Malaysia ditubuhkan
(* = sejajar dengan gagasan 1Malaysia)
dan banyak lagi ayat2 yang boleh di pakai.
Menarik bukan?
Cantik menarik tertarik kau memang terbaik

Kalau sebelum ini, semasa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi 'tagline' beliau Islam Hadhari.
Susah sedikit perkataan ini nak dijadikan bahan berita.
Sebagai contoh;
Perkembangan IT di negara kita semakin berkembang sejajar dengan Islam Hadhari.
Pemain2 Malaysia di Laos menunjukkan semangat juang yang jitu sejajar dengan Islam Hadhari.
Macam ada yang tak kena bukan?

Akan aku tunggu 'tagline2' dari bakal2 mereka lagi.
Seronok pula jadinya.
"Baik punyerr!!"

Fikirku, banyak sangat mereka2 ini tengok AF atau pun Pop Kuiz.
Nak meraih undi kena pandai buat 'tagline', awek tengok jambu!
"Baik punyer!!"

No comments: