Saturday, December 19, 2009

Awal Muharram . . .

Selamat tahun baru Islam semua.
Moga aku berhijrah
dari haram ke halal
dari jahat ke baik
dari baik ke lagi baik
dari lagi baik ke lebih baik
Cuma satu aku nak buang.
Tapi aku tak pasti aku punya nya.
Anger management for better future.

75. Transformasi . . .

Buka kotak televisyen, ayat "sejajar dengan gagasan 1Malaysia" memang popular.
Astro Awani, Bernama dan sudah tentu dengan 3 stesen televisyen yang paling 'menyayangi' gagasan 1Malaysia; RTM (TV1 dan TV2) dan TV3.
Meluat? Kau gila ke nak meluat. Ini seruan Perdana Menteri kita.
Ayat ini boleh di pakai meluas2. Boleh dijamin dalam setiap berita setengah jam atau sejam pasti ayat ini diguna. Bukan ayat guna-guna.
Sebagai contoh;
Perkembangan IT di negara kita semakin berkembang *
Pemain2 Malaysia di Laos menunjukkan semangat juang yang jitu *
* Pasukan Lotus F1 1Malaysia ditubuhkan
(* = sejajar dengan gagasan 1Malaysia)
dan banyak lagi ayat2 yang boleh di pakai.
Menarik bukan?
Cantik menarik tertarik kau memang terbaik

Kalau sebelum ini, semasa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi 'tagline' beliau Islam Hadhari.
Susah sedikit perkataan ini nak dijadikan bahan berita.
Sebagai contoh;
Perkembangan IT di negara kita semakin berkembang sejajar dengan Islam Hadhari.
Pemain2 Malaysia di Laos menunjukkan semangat juang yang jitu sejajar dengan Islam Hadhari.
Macam ada yang tak kena bukan?

Akan aku tunggu 'tagline2' dari bakal2 mereka lagi.
Seronok pula jadinya.
"Baik punyerr!!"

Fikirku, banyak sangat mereka2 ini tengok AF atau pun Pop Kuiz.
Nak meraih undi kena pandai buat 'tagline', awek tengok jambu!
"Baik punyer!!"

Friday, December 11, 2009

Shhh.. Rahsia

30 years old striker did it.. Again! This time superbly done. Still young at what he's doing best
Hail to Mr Michael Owen..enuff said

Buka corong radio aku dengar lagu 'Cerita Kedai kopi'
Aku x pasti siapa penyanyi lagu tu. Altimate mungkin
Yang aku pasti bait2 liriknya dari lagu 'rahsia' nyanyian Malique
Aku asyik dengar.
Aku hayati bait2. indah, melekat tepat di hati.
Aku nk kongsi lirik tu.
Ubah sikit, sesuai dengan rakan aku.
Namanya?...'Rahsia'

nak dengar rahsia tak korang?
kalau cerita korang, jangan cerita orang
janji dulu
korang takkan pecah lubang
jangan pasal korang aku sakit sorang

Ada satu mamat bajet hero melayu, namanya rahsia
dulu lepak sebelah lecturer
sekarang lepak blogger politik
asal ada modal boleh masuk blog dia mesti buat
pro kerajaan tengok jambu, yang lain (aku) tengok meluat
pangkat makin besar otak makin ketat
baru daftar kelab politik sikit ayat2 pun dah macam pengalaman seribu tahun
Ayat nak skema tentang partinya.
biasalah budak baru nak naik jadi YB
biasalah budak baru nak naik jadi YB
biasalah budak baru nak naik jadi YB

Semuanya Okay.

73. Ngaum2 . . .

Persatuan bola paling kelakar. Harimau2 muda tak dapat nak mengaum tahun ini. Tahun depan mungkin boleh. Mungkin tapi tak dapat nak janji apa2. Risau pasukan 'tut' jatuh tersungkur liga perdana lagi. Tak boleh nak cakap lebih2, nanti di kata tak hormat pula. Takut juga dengan tulah. Aku diam, senyum dan gelak besar sahaja. Macamana bola kita nak maju? Lu pikir la sendiri.

Sunday, November 29, 2009

Enough is Enough . . .

Bosan betul dengan fitnah2 melanda. Kalau la x paham English, cukup la cukup.!!

Saturday, November 21, 2009

71. Voice of Depressed . . .

"Blog ni blog depressed. Penulis pun depressed, pembaca pun layan lentok sama depressed!!" Ada aku kisah? Kalau semua aku kesah, nak berdehem pun susah juga. Nanti ada yang berkata2 di belakang. Nak bersin selaju halaju cahaya juga berisiko, risau kata2 belakang. Pendekatan bijak pandai, abaikan.!!

Hari2 tidak disinari cahaya matahari, kalau ada pun hanya lah sisa2 biasan air hujan yang berkumandang. Hujan turun tak mengira waktu, hari2 di seri air hujan. Bagi aku ini rezeki Tuhan nak bagi. Terima syukur dan redha. Semua kerja buat hati2. Pemanduan juga harus cermat. Lopak2 besar elakkan, kalau tak nak melayang duit saku tukar bumper dek jatuh lubang tersembunyi. Kesian. Aku tiada kuasa tiada harta. Cuma aku boleh tolong tenaga dan moral support.

Kesian jugak Thierry Henry tapi kesian lagi warga2 Ireland! The controversial goal cost them chance to play in World Cup. Aku sokong perlawanan ulangan. Menang sama menang situasi. Lagi pula France tidak lagi sehebat dulu. Punca nya hanya satu, jurulatih. Mr Domenech. Pemilihan pemain2 sangat lah membuat aku alpa dan hairan. Getus hatiku, dia pilih kawan2 dahulu. Pilih bulu kawan2. Sebijik macam Maradonna. Getusku lagi, memang orang2 yang kurang pandai berlagak pandai ni banyak persamaan. Logik akalku diterima sepuas hati.

Kerja bagai nak gila tak juga kaya. Sekarang aku baru rasa!!

New Galacticos? Depressed . . .

Di temani teko berasap dan lagu reggae, aku menulis. Sebijik macam lagu hip hop yang leka berkumandang di corong2 radio. Aku suka.

Celik pandangan ke atas, semakin hilang wayar2 di udara. Gila ini sang pencuri. Jumpa nanti kat alam baka, datang la cari aku merayu dimaafkan. Belum tentu hati aku memaafi.

Kelantan = New Galacticos? Dulu aku juga yang kutuk Galacticos mati-matian sebab hanya berbekalkan money, mereka mendapatkan khidmat pemain seperti kacang. Senang hati duit banyak, semua pun beli. Tapi sekarang semua kata2 hambur aku bagai jatuh tepat ke dahi sendiri. Lagak membeli pemain Kelantan untuk musim yang akan datang umpama Kelantan Ananda Krishnan yang punya. Aku jadi seronok tapi juga berbaur2 perasaan. Bagaimana nasib anak2 Kelantan sendiri yang baru hendak berjinak dengan liga Malaysia tetapi tidak diberi peluang? Aku jadi buntu. Persoalan demi persoalan datang bertalu. Tapi aku senyum sahaja. Harapan aku jangan dilupa anak2 muda Kelantan yang aku kira mampu juga menaikkan darjat pasukan di mata liga Malaysia. Esok ada sesi perkenalkan pemain2 Kelantan dan perasmian jersi baru pasukan. Aku tekad tahun depan tengok bola di stadium akan ku pakai jersi original!!

Bangun pagi2 meriahkan majlis.!