Monday, August 31, 2009

RAMADHAN #10 . . .

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih baik daripada kaum yang menghina dan janganlah pula para wanita menghina wanita-wanita yang lain kerana mungkin wanita yang dihina itu lebih baik daripada wanita-wanita yang menghina. Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan fasik sesudah beriman. Sesiapa yang tidak bertaubat merekalah orang yang zalim"
(Surah al-Hujurat ayat 11)

Ayat ini diturunkan oleh Allah bersebab, Allah melarang umatnya melakukan perkara2 di atas untuk mengelakkan daripada berlaku perpecahan dalam masyarakat dan memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan sesama manusia.

Hari ini 31 hb Ogos, genaplah 52 tahun negara Malaysia merdeka. Selamat Merdeka untuk semua. Aku mengharapkan keamanan yang kita kecapi ini dapat diteruskan mudah-mudahan dan kalau boleh dengan less korupsi.Merdekakan lah juga diri kamu dari segala bentuk kengkangan2 yang langsung tidak menguntungkan mu itu malah menambahkan dosa2. Usah lah kamu bercakap malah menyambut kemerdekaan walhal kamu masih bergelumang dalam kemaksiatan. Adakah ini definisi kemerdekaan kamu? Jangan lah menjadi sampah. Hayati lagu dari Allahyarham Sudirman Haji Arsyad ini- warisan. Mungkin aku tidak selasak mereka2 yang menyertai PLKN yang didedahkan dengan senjata. Namun aku dengan caraku, akan kuselit kan dalam doa ku supaya Malaysia kekal aman dan sempurna, bertambah makmur dengan less korupsi hendaknya.



8.32 a.m
Selamat hari Kemerdekaan.

Sunday, August 30, 2009

51. RAMADHAN #9 . . .

"Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui sesuatu apa pun, dan Allah kurniakan pendengaran, penglibatan dan hati semoga kamu bersyukur kepada Nya"
(Surah an-Nahli ayat 78)

Wahai sekalian manusia, sahabat2 rakan taulan. Ambik cermin teliti diri sendiri, sungguh cantik dan sempurna ciptaan Nya ini. Ambik masa, syukur.

Nota terima kasih cinta untuk Diaby kerana melengkapkan hari saya malam tadi. Sungguh tandukan itu amat hebat jika tidak tersalah gawang. :) Kredit untuk semua pemain Man U. Special kudos kat Darren Fletcher, the unsung heroes. I may say last night there are 2 persons in one body of Darren Fletcher. Quoted "No Ronaldo No Tevez, no problem". Ferguson cakap tiada lagi pemain baru, beliau percaya kekuatan barisan pemain nya sekarang. Walaupun saya masih mengharap David Silva atau pun Sergio Aguero menyarung jersi baru man u yang bercorak V. V for Victory!!

7.24 a.m
Modus operandi sudah ditukar, tunggu hasil dalam masa seminggu.

Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN #8 . . .

"Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya terhadap orang-orang mukmin"
(Surah an-Nisa' ayat 103)

Jika solat setiap insan dalam kekhusyukan, maka amanlah dunia daripada dosa2 kerana sembahyang yang sempurna dapat menghalang manusia dari melakukan kemungkaran. Khusyuk bererti menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika solat, mentadabbur dan memahami makna dan perbuatan. Bulan kemuliaan ini menjadikan aku lebih berani kerana aku percaya janji2 Allah yang mengatakan syaitan2 di ikat di neraka jahanam selama sebulan ini. Jadi jika ada kesalahan2 atau dosa2 yang kita lakukan pada bulan ini, usahlah di salah kan syaitan. walhal nafsu syahwat kita yang harus dididik. Tepuk dada tanya iman. Insyallah.

Malam ini menyaksikan perlawanan panas antara Manchester United dan Arsenal yang bertempat di Old Trafford. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di channel ESPN pada jam 12.10 malam ini. May the best team win, aku rindu Ferdinand. Aku rindu Van Der Saar. harap2 tanpa kehadiran mereka membuka lembaran baru pada pemain lain yang aku harap dapat menonjol. Sekian.

7.58 a.m
Dont stop till you get enough

Friday, August 28, 2009

49. RAMADHAN #6 & #7

"Sesungguhnya orang yang berkata; "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka beristiqamah (dalam amalan) nescaya turunlah kepada mereka malaikat, katanya; "Janganlah kamu takut dan janganlah berdukacita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu".
(Surah Fussilat ayat 30)

Istiqamah dalam surah di atas bermaksud tetap pendirian dalam beragama dan berusaha meningkatkan keimanan serta menjauhi perkara2 khurafat. Genap sudah arini hari ke-7 puasa, pejam celik pejam celik sudah seminggu puasa. Alhamdulillah puasa ku masih penuh. Hari ni Jumaat, sayyidul ayyam; penghulu hari. Dah la bulan kemuliaan bulan Ramadhan pastu sayyidul ayyam lagi, ini aku suka gelarkan sebagai combo! kalau buat amal ni mesti berlipat kali ganda habuannya. Terkapai2 juga pagi tadi buka nota2 sekolah menengah, cari ayat sujud sejadah. Habis da lupa. Lama juga ambik masa menghafaz, otak sudah berkarat.

Perihal bola sepak pula semalam ada Live draw Champions League kat ESPN, sempat juga tengok sikit2. Mengantuk mata aku terus tido. Edwin Van Der Saar, the proud flying dutchman dapat award for top UEFA Club stopper mengetepikan Petr Cech dan Victor Valdes. Nemanja Vidic pula tewas pada John Terry untuk gelaran top UEFA Club Defender. Manchster United di undi bersama2 dengan CSKA Moscow (Russia), Besiktas (Turki) dan Wolfsburg (German) dalam kumpulan B. Ferguson berkata undian ini tampak senang laluannya untuk Manchester tapi jika diteliti balik keupayaan setiap pasukan tersebut dan juga jarak perjalanan yang terpaksa ditempuhi untuk away game, beliau berkata "it's a tough draw." Kesemua pasukan2 tersebut walaupun berstatus kerdil tetapi sebenarnya adalah pasukan terbaik dari setiap negara yang mereka wakilli. Mengambil contoh Wolfsburg, walaupun nama tidak segah Bayern Munich namun pada seasons lepas mereka telah mengejutkan semua apabila di tabalkan juara Bundesliga. Wait and see. May better/best team win.

7.56 a.m
Event the nights are better

Wednesday, August 26, 2009

RAMADHAN #5 . . .

"Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak. Orang yang memerahnya, orang yang meminta arak itu diperahkan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak itu kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak dan orang yang meminta dibelikan arak untuknya."
(Ibn Majah dan al-Tirmidhi)

Mintak di jauhi kita2 semua dari menjadi salah satu golongan di atas ini. Hukuman ke atas peminum arak ialah dikenakan hukuman had iaitu hukuman sebat, yang mana bersaksikan dua orang lelaki muslim yang adil atau pengakuan daripada peminum arak itu sendiri.

Aku tertarik dengan berita model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang disabitkan kesalahan meminum arak. Beliau telah insaf dan mengaku bersalah atas tuduhannya tanpa membuat rayuan. Aku sokong penuh keputusan nya yang tidak membuat rayuan dan tidak sabar2 untuk menerima hukuman sebat yang di jatuhkan ke atasnya. Tapi apa yang menyedihkan aku apabila mereka2 yang mengaku humanities, pejuang kemanusiaan yang Islam bersuara tentang hukuman ini dan meminta si tertuduh membuat rayuan. Nauzubillah min zalik, apa dah jadi? cuba mempertikaikan hukum Islam. oleh siapa? Orang Islam itu sendiri. Kenapa takut dengan hukuman di dunia bila mana hukuman di akhirat itu lebih pedih azabnya? Aku sedih.

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, janganlah duduk di meja yang dihidangkan dengan arak."
(Riwayat Ahmad)

7.40 a.m
Allah tidak melihat manusia pada bangsanya, tetapi pada agama nya.

Tuesday, August 25, 2009

47. RAMADHAN #4 . . .

"Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah nescaya dia akan melihat (balasannya) pula"
(Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

Kuliah subuh tadi ustaz cakap pasal 3 golongan yang Allah makbulkan doanya. Dek kemengantukan, aku hanya dapat mendengar satu golongan sahaja yakni orang yang berpuasa dari terbit matahari sampai terbenamnya matahari. Jom doa lebih2. Doa banyak2. Insyallah kalau tak dimakbulkan di dunia, di akhirat nanti menyusul.

Perihal bola sepak pula, dek termengentukan jugak tak berjaya berjaga untuk tengok satu2 nya match Monday night football between Liverpool vs Aston Villa at Anfield. Bangun pagi check thesun.co.uk, aku senyum puas! :) tapi takpe, awal season lagi. Status facebook pojan, fan Liverpool tegar, "Baek kalah dua kali, daripada kalah dengan Burnley." berirama bunyinya. dah macam pantun. Aku gelak lagi dan lagi.

7.31 a.m
Team kiddies sudah pulang, update2.

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN #3 . . .

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti akan Kami tambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu kufur bagimu azab yang amat pedih"
(Surah Ibrahim ayat 7)


Belek2 helaian buku sekolah menengah, aku terjumpa satu moto yang aku tulis dalam bahasa jawi walhal moto ni in English. Lama aku tatap sebab pelik sungguh jadinya bila bahasa Inggeris dijawikan. Moto English itu bbunyi "Do it now, Pain is temporary glory is forever". Aku gelak seorang diri.

Malam tadi tgk bola lagi, after won 1-0 last week with manchester United. Burnley did it one more time (last season they won with Chelsea and Arsenal). This time by winning 1-0 to Everton. Just the same old story, Everton got penalty but wasted it. By who? Funny but true, ex Manchester United Louis Saha. It aint luck for me, i like to believe it curse! Turf Moor curse.. Beware!!

7.37 a.m
Live it up

Sunday, August 23, 2009

45. RAMADHAN #1 & #2 . . .

"Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata; Rasulullah s.a.w bersabda;"Bahawasanya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak kepada rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu".
(Riwayat Muslim)

Selamat sudah menempuhi hari pertama Ramadhan Al-Mubarak, sedikit capek sebab metabolisma badan masih cuba untuk membiasakan diri. Berbuka penuh kesederhanaan, ekonomi gawat makanan pun gawat sama. Malam2 di penuhi dengan bukan aku yang biasa. Moga2 aku yang lain ini akan terus bertahan hingga ke akhir bulan ini hendaknya Insyallah.

Malamnya menonton bola Manchester United Vs Valencia. Away fixtures. Permulaan yang baik walaupun 1st half tanpa jaringan ekoran Chris Kirkland yang banyak menidakkan percubaan2 pemain2 man u. Namun 2nd half dibanjiri gol2 yang sebelum ini ketandusan; Rooney, berbatov, Rooney, M.O7, Nani. Namun highlight match tersebut adalah kool finishing dari one and only Michael Owen, Ronaldo Who?

7.41 a.m
Pertanian satu ibadah, Nik Aziz on 15Malaysia here

Wednesday, August 19, 2009

SABAR . . .



Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman

This song from film 'Sabarudin Tukang Kasut' / 'Sabarudin The Cobbler' (1966), P. Ramlee on the film,
"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggung jawab."

11.11 p.m
the deal is on here

43. 30 HARI MENCARI AMPUN . . .

i felt that many of them my old companions change. in just a nick of time. Peoples change, hukum alam. Aku terima kan dengan hati yang terbuka. Mungkinkah persekitaran mereka, mungkinkah amaun di dalam akaun bank mereka? Sungguh aku tidak mengerti, kerana aku masih sedang menginjak dewasa. Untuk Mu Tuhan, tunjukkan lah aku jalan yang benar yang akan membahagiakan aku di dunia dan di akhirat. Amin.

30 hari untuk mengejar cintaNya dan keampunanNya sudah hampir. Betapa diri ini hina dan kerdil di mataMu. Sungguh2 aku berdoa untuk tahun ini menjadi tahun paling banyak diterima amalan ku insyallah. Untuk sahabat2 renung2kanlah, kerana Tuhan tidak pernah menjadikan syurga itu sempit untuk kita semua di dalamnya. Sama2lah kita berkejaran2 untuk berada di sana. 30 hari ini akan ku kejar dunia sepertimana aku akan hidup 1000 tahun lagi dan akan ku kejar akhirat sepertimana aku akan mati keesokan harinya.

Untuk team Kiddies di kejauhan, selamat menghadapi hari mendatang di sana. Sukses selalu.

10.37 p.m
kau alasanku untuk dewasa.

Wednesday, August 12, 2009

THE TREE . . .



Ini satu lagi filem pendek dalam 15 malaysia; the tree, apa yg istimewanya adalah ia menampilkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di dalam filem ini. The full film only will be available on 17th August on the website

9.23 pm
off to see old companion

Monday, August 10, 2009

41. UNITY . . .



"hujan emas di tempat org, hujan batu di tempat sendiri".Lagu perpaduan dari voices of indonesia.. layan~
semua line up hebat2 semuanye. Armand Maulana, Kikan dn ramai lg

9.46pm
bersatu teguh bercerai roboh

Saturday, August 8, 2009

SINI RUMAHKU . . .



This clip like ages ago, but unity didnt fade with time rite?. It is a great effort from bunch of cool artists who want to make a song about unity ; here in my home. Do enjoy. (:

1.45 a.m
24 /7 in my home

39. 15 MALAYSIA . . .

15 Malaysia is a short film project by 15 talented Malaysian filmmakers. The films believe to be voices for the people of Malaysia. Check it out starting this coming 17th August HERE. Me looking forward to this. Mark your calendar, dont miss it!

And one of them filmmaker is late Yasmin Ahmad(Al Fatihah), i found the trailer of the film; chocolate on youtube.



1.05 a.m
here in my home

TAR . . .

Tun Razak's on ISA :

"Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera..."

ISA important at that time to fight against the communist.

12.59 a.m
confusing what is real!

Thursday, August 6, 2009

37. OPPORTUNITIES . . .



Ouch, 8 weeks = 2 months will be period for Manchester United fixtures without Edwin Van Der Sar; the flying dutchman! 12 fixtures of league, cup and champions league games will be missed! The Manchester United keeper underwent surgery yesterday.Van der Sar, 38, picked up the injury saving a penalty in the Audi Cup game with Bayern Munich last Thursday.

From the bright side, it will be great opportunities for both 2nd and 3rd goalkeepers; Ben Foster and Tomas Kusczak. (:

3.33 p.m
looking for my brightside!

ONE DOWN, ONE MORE TO GO . . .

me friend : mamak, kasi itu dunhill 14 satu.
mamak : ok sikit jam, dunhill 14 kalu mahu gambar apa ye? ada kaki, mulut, leher, baby..pilih2
me friend : %&*)#%^@#$) punya mamak!!

The WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) negotiations began back in 2000, but then only three countries (Canada, Poland and Thailand) at that time. Luckily this act (it is a must gruesome photos on ciggarate packages) been introduced in Malaysia since April this year.
But whats make WHO proud even more is that the fact that, the number of tobacco use is reduce worldwide! The full news on this can be read on WHO website. me likey (:

ok, one more to go. This Swine flu H1N1 is the worry of all. 'Why so serious' joker's slogan is not applicable here because we have to be more serious. Calling for the responsible people/ organization, please be serious!

1.18 a.m
combocation.

Tuesday, August 4, 2009

35. FIX ME ? . . .

This is the latest song recently obsessed-again and again played in my ipod. fix you by coldplay, anybody /anywho.. fix me? im broken!



the beautiful lyrics goes;

When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse

When the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

High up above or down below
When you're too in love to let it go
If you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I...

Tears stream down your face
I promise you I have learned from my mistakes
Tears stream down your face
And I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you
....................................................................................................

God promise the best for those who patience,
my patience today is 2 months old.
no boundaries. borneo/ peninsular?
10.56 pm