Monday, August 31, 2009

RAMADHAN #10 . . .

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih baik daripada kaum yang menghina dan janganlah pula para wanita menghina wanita-wanita yang lain kerana mungkin wanita yang dihina itu lebih baik daripada wanita-wanita yang menghina. Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan fasik sesudah beriman. Sesiapa yang tidak bertaubat merekalah orang yang zalim"
(Surah al-Hujurat ayat 11)

Ayat ini diturunkan oleh Allah bersebab, Allah melarang umatnya melakukan perkara2 di atas untuk mengelakkan daripada berlaku perpecahan dalam masyarakat dan memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan sesama manusia.

Hari ini 31 hb Ogos, genaplah 52 tahun negara Malaysia merdeka. Selamat Merdeka untuk semua. Aku mengharapkan keamanan yang kita kecapi ini dapat diteruskan mudah-mudahan dan kalau boleh dengan less korupsi.Merdekakan lah juga diri kamu dari segala bentuk kengkangan2 yang langsung tidak menguntungkan mu itu malah menambahkan dosa2. Usah lah kamu bercakap malah menyambut kemerdekaan walhal kamu masih bergelumang dalam kemaksiatan. Adakah ini definisi kemerdekaan kamu? Jangan lah menjadi sampah. Hayati lagu dari Allahyarham Sudirman Haji Arsyad ini- warisan. Mungkin aku tidak selasak mereka2 yang menyertai PLKN yang didedahkan dengan senjata. Namun aku dengan caraku, akan kuselit kan dalam doa ku supaya Malaysia kekal aman dan sempurna, bertambah makmur dengan less korupsi hendaknya.



8.32 a.m
Selamat hari Kemerdekaan.

No comments: