Friday, August 28, 2009

49. RAMADHAN #6 & #7

"Sesungguhnya orang yang berkata; "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka beristiqamah (dalam amalan) nescaya turunlah kepada mereka malaikat, katanya; "Janganlah kamu takut dan janganlah berdukacita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu".
(Surah Fussilat ayat 30)

Istiqamah dalam surah di atas bermaksud tetap pendirian dalam beragama dan berusaha meningkatkan keimanan serta menjauhi perkara2 khurafat. Genap sudah arini hari ke-7 puasa, pejam celik pejam celik sudah seminggu puasa. Alhamdulillah puasa ku masih penuh. Hari ni Jumaat, sayyidul ayyam; penghulu hari. Dah la bulan kemuliaan bulan Ramadhan pastu sayyidul ayyam lagi, ini aku suka gelarkan sebagai combo! kalau buat amal ni mesti berlipat kali ganda habuannya. Terkapai2 juga pagi tadi buka nota2 sekolah menengah, cari ayat sujud sejadah. Habis da lupa. Lama juga ambik masa menghafaz, otak sudah berkarat.

Perihal bola sepak pula semalam ada Live draw Champions League kat ESPN, sempat juga tengok sikit2. Mengantuk mata aku terus tido. Edwin Van Der Saar, the proud flying dutchman dapat award for top UEFA Club stopper mengetepikan Petr Cech dan Victor Valdes. Nemanja Vidic pula tewas pada John Terry untuk gelaran top UEFA Club Defender. Manchster United di undi bersama2 dengan CSKA Moscow (Russia), Besiktas (Turki) dan Wolfsburg (German) dalam kumpulan B. Ferguson berkata undian ini tampak senang laluannya untuk Manchester tapi jika diteliti balik keupayaan setiap pasukan tersebut dan juga jarak perjalanan yang terpaksa ditempuhi untuk away game, beliau berkata "it's a tough draw." Kesemua pasukan2 tersebut walaupun berstatus kerdil tetapi sebenarnya adalah pasukan terbaik dari setiap negara yang mereka wakilli. Mengambil contoh Wolfsburg, walaupun nama tidak segah Bayern Munich namun pada seasons lepas mereka telah mengejutkan semua apabila di tabalkan juara Bundesliga. Wait and see. May better/best team win.

7.56 a.m
Event the nights are better

No comments: