Hari ni sedar tak sedar dah hari ke 20 berpuasa. Alhamdulillah puasa aku penuh sebab aku lelaki, aku tak dapat ABC; Allah Bagi Cuti. 10 malam terakhir sudah, dulu ada aku terdengar kisah Rasulullah s.a.w, bila tiba sahaja 10 malam terakhir ni Rasulullah s.a.w langsung tak berehat malam. Malam2 Baginda dipenuhi dengan beribadat dari tenggelam matahari kepada terbit fajar. Semua ini dilakukan adalah untuk mengejar Malam Al-Qadar, malam penuh kemuliaan.
Ramai rakan2 sahabat2 aku dari bidang yang sama dengan aku sudah bekerja, alhamdulillah tahniah sungguh2 bagi mereka. Ada juga yang bertanya2 kenapa aku masih menganggur, kata mereka civil graduate banyak je kerja kosong. Mereka tanya aku ke yang memilih? Menunggu gaji besar? hm. Sahabat2.. Aku iakan sahaja semuanya, asalkan mereka bahagia.
Hari ini 090909. Hari lahir 2 wanita penting dalam hidup aku. Selamat hari jadi untuk mereka. Semoga2 dimurahkan rezeki. Hari ini juga 090909 aku masih menunggu kelahiran ahli baru keluarga. Insyallah hari ini lulus, dah beberapa hari pending.
1.30 pm
Qana'ah - bersyukur dengan apa yang kita ada, Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment