Thursday, September 3, 2009

RAMADHAN #13 . . .

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina satu perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (membawa kerosakan)"
(Surah al-Israk ayat 32)

Umumnya definisi zina bererti memandang perkara-perkara yang menimbulkan syahwat atau menghala pandangan ke arah yang keji. Manakala dari hukum syarak pula, zina ialah melakukan hubungan jenis antara lelaki dan perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah menurut syarak. Daripada maksud ayat Quran di atas, Allah mengarahkan kita untuk langsung tidak membuat zina malahan tidak mendekati zina. Hukum hudud adalah hukuman terbaik yang patut dikenakan ke atas penzina2 ini. Dua hukuman Islam terhadap penzina ini, 1) lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, 100 sebatan. 2) lelaki dan perempuan yang sudah bersuami, rejam sampai mati. Tampak kejam, namun ini hukum Allah. Punya hikmah di jadikan sebegini hendaknya. Corong2 mulut yang kononnya aktivis kemanusiaan mula berbunyi tatkala hudud dibahaskan. Lagaknya punya ilmu penuh tapi ini adalah hukum Allah, wajib dilaksanakan. Ingat, kita pun hanya menumpang di duniaNya. Hukum hudud ini dapat mencegah perbuatan zina 1)dengan cara bila mana hukuman keras dikenakan, mereka tidak lagi berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk mereka itu. 2) Orang ramai yang menyaksikan perlaksanaan hukuman itu akan berasa gerun dan takut untuk melakukan perbuatan zina. Kenyataan paling bodoh "aktivis kemanusiaan" yang menggelar diri mereka Islam tentang hudud ini ialah "Kalau hukum hudud dijalankan di Malaysia, nanti ramai pula yang kudung tangan dan kaki". Saya menyokong penuh hukum hudud. Yang bising dan takut tu ada mmbuat kesalahan melanggar hukum Islam ke? Renung2 kan dan saling mengingat.

Senarai penuh pemain2 Manchester United untuk UEFA Champions League telah pun dikeluarkan. Pemain2 yang tersenarai: 1.Van der Sar, 2.Neville, 3.Evra, 4.Hargreaves, 5.Ferdinand, 6.Brown, 7.Owen, 9.Berbatov, 10.Rooney, 11.Giggs, 12.Foster, 13.Park, 15.Vidic, 16.Carrick, 17.Nani, 18.Scholes, 20.Fabio, 21.Rafael, 22.O'Shea, 24.Fletcher, 25.Valencia, 26.Obertan, 27.Macheda, 28.Gibson, 29.Kuszczak.

Additional players registered*: 8.Anderson, 19.Welbeck, 23.J.Evans, 31.C.Evans, 33.Hewson, 36.Gray, 37.Cathcart, 38.Zieler, 39.Chester, 40.Amos.

*UEFA rules permit any player born on or after 1 January 1988 who has been eligible to play for the club for any uninterrupted period of two years since his 15th birthday to be registered outside of the 25-man squad limit.

Owen Hargreaves dah tersenarai, tambah seorang lagi yang berpengalaman untuk pasukan. Zoran Tosic pula tidak disenaraikan, itu yang saya bimbangkan. Bagi saya dia punya potensi besar, melihat kepada permainannya semasa Asia tour.

7.44 a.m
i'll be better when im older

No comments: